Sunday, November 1, 2009

PBB DAN YAHUDI

Hari ini Paipkarat nak berkongsi tentang isu antarabangsa pula. Ini tentang persidangan Jenayah Peperangan yang dijalankan di Kuala Lumpur minggu lepas.
Menurut sumber berita yang ada, hasil dari persidangan tersebut, keputusannya akan di bawa ke PBB...boleh bawa jelah itu pun kalau orang yang bersidang di New York nak dengar. Sebab yang Paipkarat kata begitu kerana orang yang ada dalam PBB itu sendiri memang diketahui tidak ada langsung perasaan untuk mendengar hal tentang orang lain kecuali ha-hal yang ada kaitan dengan mereka..sebab apa begitu, mari kita lihat apa yang ada.



PBB telah diasaskan pada tahun 1945, selapas berlakunya perang dunia kedua. Pusat pentadbiranya terletak di New York dan majoriti pegawai tadbirnya terdiri daripada rakyat Amarika Syarikat. Selain menjaga kepentingan dunia secara halusnya ianya juga ditubuhkan bagi melindungi kepentingan bangsa Yahudi daripada ditindas dan dipinggirkan hak mereka. Idea ini disuarakan oleh pemimpin Yahudi yang bernama Israel Zanguel dengan katanya : ‘Sesungguhnya anggota PBB ini merupakan duta-duta bagi Israel”.
Sebelum berlakunya peperangan dunia pertama, Zionis telahpun berusaha untuk menubuhkan pertubuhan ini sebagaimana yang dilafazkan oleh pemimpin Yahudi yang bernama Nahum Solokov di Muktamar Carlsbad pada 27 Ogos 1922 dengan katanya : “Idea pertubuhan ini merupakan idea kita (Yahudi). Kita merancangnya selepas 25 tahun kita merana. Kita akan menyaksikan al-Quds (Pelastin) sebagai kota perdamaian suatu hari nanti....”. Seorang penulis Yahudi bernama Alfred Douglas pernah berkata : “Sesungguhnya PBB akan menjadi pusat pantadbiran Yahudi dalam rangka menguasai alam ini...”.


Semenjak penubuhannya, PBB telah dikuasai oleh orang-orang Yahudi. Mereka menjawat jawatan penting di dalam pertubuhan tersebut dengan menggunakan identiti dan kewarganegaraan yang berlainan. Diantara tokoh-tokoh penting di PBB yang berbangsa Yahudi adalah seperti berikut :

Bull Hammars - Ketua sidang mesyuarat
Sir J. Erick Drumond - Setiausaha Agong
Bull Mantoxs - Ketua Bahagian Politik
Major Abraham - Pembantu Ketua Bahagian Politik
Mrs N. Sabler - Setiausaha Bahagian Politik
Trijfi Le - Setiausaha Agong
Benjamin Cohen - Naib Setiausaha Agong
Whites - Ketua Bahagian Pejabat
A. Rozanbrige - Penasihat Ekonomi
D. Wintrop - Ketua Bahagian Ekonomi
A. Filer - Ketua Bahagian Perundangan
D. Zailuxs - Ketua Bahagian Dokumen Perjanjian
J. Syapiru - Ketua bagi cawangan PBB di Geniva
M. Birjman - Ketua Pentadbiran
M. Mandels - Setiausaha Bank Dunia
J. Mier - Ketua Penyenggaraan Pertubuhan
Kesihatan Dunia
M. Cohen - Ketua bagi Pertubuhan Pelarian Sedunia
K.Jet
Y. Cleanbrij
R. Judin
Azador Lubin
Boutrous Ghali - Setiausaha Agong, berkahwin dengan
Yahudi Mesir
Kofi Annan - Setiausaha Agong, berkahwin dengan
Yahudi Sweden
Block - Ketua Persenjataan
Antony Carlot - Pegawai Bahagian Ekonomi
Anson Car - Penasihat Khas Ekonomi
David Wanterrap - Ketua Bahagian Perakaunan
Carl Lajman - Ketua bahagian Perbendaharaan
Henry Lanker - Penolong S/usaha BahagianKemasyarakatan
D. Lion Astinnic - Ketua Bahagian Perdagangan
D. Shakual - Ketua Bahagian Hak Asasi Manusia
Whykof - Ketua Pemerhati Bagi Negara Bukan
Berkecuali
G. Benyot Levi - Ketua Bahagian Penerangan
D. Evan Carno - Pen. S/usaha Bahagian Undang-undang
Ibraham Filter - Ketua Bahagian Undang-undang
G. Sandberg - Pen. Bah. Undang-undang Antarabangsa
David Zeblo D Wisky - Ketua Bahagian Percetakan
Gargo Abno Fig - Ketua Bahagian Terjemahan
Max Ebda Mofig - Ketua Bahagian Panitia PBB
Mark Syoler - Ketua Bagi Semua Bahagian di PBB
M. C. G. - Ketua Juruaudit Umum
Mercedes Burkman - Ketua Penyelaras Jawatan bagi PBB
D. Sunjdar - KetuaBahagian Semakan
Jaol Radze Jacko - Ketua Doktor Bah. Kesihatan Antarabangsa
Jery Syapiro - Ketua Penyiasatan di Geniva
Litfakder - Ketua Bah Penyiasatan di India
Henry Faost - Ketua Bah di China
D. Galius Star Jesky - Ketua Bah di Warsaw
Moris,Gibril & Jane - Hal Ehwal Dalaman PBB
13 orang Yahudi - Pertubuhan Makanan & Pertanian PBB
9 orang Yahudi - Pertubuhan UNESCO
Ketua & Pentadbir - Bank Dunia
9 orang Yahudi - Jawatan Utama di IMF
2 orang Yahudi - Pertubuhan Pelarian Antarabangsa
Jawatan Penting di - WHO
Semua Jawatan - WTO

Jadi dengan adanya puak-puak ini dalam PBB macam mana kita hendak bertindak sebab semua mereka yang kawal. Walau bagaimanapun oleh sebab sudah tidak ada tempat lain untuk kita mengadu, jadi di situ jugalah tempat kita berharap.

UMNO, MELAYU DAN CABARANNYA

Hari ini ‘paipkarat’ nak cuba cakap sikit pasal politik nak tengok ada bakat atau tidak sebab itu yang sering dibincangkan di merata tempat.



Sejarah UMNO 63 tahun yang lalu cukup berwarna-warni dengan cabaran turun naik nasibnya yang sukar diduga. Pelbagai bentuk ujian, kekangan dan tamparan, malah yang lebih teruk lagi melibatkan krisis UMNO dari segi undang-undang pada tahun 1988.
Biar pahit mana pun pengalaman perjuangan anggota UMNO diperingkat akar umbi, pergolakan pucuk pimpinan UMNO sentiasa menarik perhatian mereka yang berada di dalam dan di luar UMNO. Ini berlaku kerana ada sebabnya dan kita semua pun memang sudah sedia maklum tentang hal ini.
Senang cakap, kita teliti perkara ini...Penduduk Malaysia sekarang lebih kurang 24 juta orang dan dari jumlah itu campur-campur, kira-kira 14 juta adalah Melayu. Dari 14 juta Melayu ini dikatakan lebih 2 juta yang ada adalah ahli UMNO. Dari jumlah itu hanya kira-kira 2,000 ahli UMNO menjadi perwakilan di perhimpunan Agung UMNO setiap tahun dan hanya kelumpok ini saja yang layak memilih pucuk pimpinan UMNO. (Itu dulu le, tetapi baru-baru ini dasar ini sudah berubah dan masih diperingkat perbincangan makenisme untuk dilaksanakan).
Dalam kabinet pula, 50% menteri kerajaan Malaysia terdiri dari orang Melayu. Paling penting jawatan Perdana Menteri dan timbalannya adalah juga orang Melayu, jadi tidak hairanlah persidangan ini cukup penting bagi semua orang tidak kira siapa dia atau jantinanya. Ringkasnya 2 ribu orang Melayu yang dikatakan budiman ini akan menentukan sebahagian besar pemimpin bagi membawa atau menentukan halatuju 24 juta rakyat Malaysia. Bunyinya macam pelik tetapi itulah tradisi politik Malaysia yang berlandaskan kepada Perlembagaan Malaysia yang sering disebut-sebut sedikit masa lalu iaitu ‘kontrak sosial’.
Selepas Oktober 2003, Dr.Mahathir letak jawatan dan beliau memang bernasib baik kerana diterima dengan baik pada tahun 1981 dan telah berundur pun dalam keadaan baik. Tidak seperti sesetengah pemimpin dunia lain yang pada permulaannya baik tetapi dihujungnya dihina dan dicerca. Itu Dr. Mahathir, jasanya memang besar buat kita..Terima Kasih TUN.
Selepas Dr. Mahathir, naik pula Abdullah Ahmad Badawi, beliau sekarang pun TUN juga. Beliau pun ada jasanya untuk negara. Implikasi pertukaran tampuk kepimpinan UMNO dan negara dari Dr. Mahathir kepada Paklah ini amat signifikan bukan sahaja kepada ahli UMNO malahan kepada seluruh orang Melayu dan rakyat Malaysia amnya.
Pada Pilihan Raya Umum (PRU) 2004 sambutan rakyat untuk Paklah sangat besar dan tidak pernah tercapai sebelumnya. Besar kecil kemenangan tersebut akan menentukan besar kecilnya kuasa orang Melayu yang diwakilinya semasa membuat rundingan dan tarik tali politik dalam mengagihkan habuan kemajuan dengan kaum lain dalam pelbagai hal samaada ekonomi, budaya hinggalah kebajikan masyarakat. Walau bagaimanapun itu 2004...2008 lain.


Dari segi teori politik, kemenangan besar PKR, PAS, DAP dan bebas pada PRU 2008 lalu telah ditafsirkan oleh banyak pihak sebagai berlakunya ‘keterbukaan’ dalam sistem politik Malaysia yang mengongkong. Ada juga yang mendakwa bahawa itu tanda ‘pemerintahan diktator’ Dr. Mahathir sudah berakhir atau ada yang kata ‘orang Melayu telah boleh berfikir sendiri’. Dari satu sudut, dakwaan demikian mungkin ada betulnya. Walau bagaimanapun kemenangan itu ada pahitnya sebab pencapaian yang dinikmati oleh PAS tidak pasti dasarnya sebab PAS tidak duduk dimeja perundingan dengan UMNO yang mewakili kepentingan Melayu. UMNO dalam BN mewakili orang Melayu tapi PAS kurang jelas pendekatannya kadang-kadang sebut Melayu, ada masa dengan seruan Islamiknya dan ada waktu kesamarataan hak.
Senang cakapnya ialah kalau kita sesama melayu kuat dan ramai, legitimasinya ‘mewakili kepentingan orang melayu’ akan terletak di situ. Ini PAS selalu sebut tentang ummah dan perpaduan tapi bila diajak kepada perpaduan ditolak mentah-mentah. Jangan kira dengan Nik Aziz, pemimpin datang dan pergi tetapi nasib kita orang melayu siapa lagi yang hendak bela.
Kesannya kita lihat bila Melayu lemah, bila UMNO kalah banyak kerusi, legitimasi ini dianggap lemah dan menurun. Maka orang Melayu terpaksa bertolak ansur dalam banyak hal, termasuk dalam isu bahasa, pendidikan, budaya, ekonomi, biasiswa dan sebagainya. Macam yang berlaku sekarang ini, gegaran kekalahan besar UMNO khususnya pada 2008 masih belum reda sepenuhnya sebagaimana gempa bumi di Acheh yang ada gegaran lain sampai hari ini.
Memanglah dalam pilihanraya kuasa mengundi itu hak kita dan boleh dipilih sesiapa sahaja yang dikehendaki. Golongan Melayu kelas menengah yang kononnya ‘berfikiran terbuka’ akan mendabik dada dan beriak riuh tentang betapa demokratik dan madaninya masyarakat Melayu hari ini. Kira senang cakap dah pandai dan bijak dalam membuat keputusan. Tetapi dalam percaturan politik Malaysia, khususnya dalam perkiraan agihan habuan pembangunan antara kaum, sektor dan wilayah, kriteria etnik adalah yang paling utama. Proses agih-mengagih, runding rayu dan tarik menarik tali dalam proses agihan semua ini sebahagian besarnya berlaku dikalangan parti-parti komponen dalam parti pemerintah. Kalau kita Melayu ramai kita ada suara dan permintaan kita ke atas sesuatu perkara sukar ditolak.
Kini kita melihat kemenangan besar Pakatan Rakyat yang dalamnya ada parti Melayu-Islam (PAS), Melayu campur-campur (PKR), orentasi kiasu (DAP) dan lain-lain dalam PRU 2008, memang benar ianya kemenangan yang perlu diraikan tetapi ianya hanya merupakan ‘menang sorak’. Ke manakah kita hendak bawa sorak itu? Dewan Rakyat memang sudah meriah dah sekarang, riuh rendah pemerintah dan pembangkang dah sama naik bersorakan tapi sampai bila?
Dalam soal ini para pengundi Melayu terpaksa menghadapi satu persoalan besar yang perlu dijelaskan dalam PRU akan datang, samaada handak genggam kembali kuasa Melayu seperti dulu-dulu ataupun hendak terus ‘menang sorak dan kalah berunding’.
Sehubungan dengan itu, khususnya Dato’Seri Najib yang mengambil alih kuasa ini, perlu menjamin kelestarian UMNO khususnya orang Melayu melalui kemenangan besar dalam PRU akan datang. Beliau dan barisan kepimpinan sekarang mesti mencari jalan memecah kebuntuan mendapatkan kembali sokongan yang telah hilang sebelum ini. Inilah yang diharapkan dapat dibincang dengan serius dalam Perhimpunan akan datang apakah Melayu yang ada kini memberhentikan terus kemaruk dengan ‘menang sorak’ tanpa mengambil kira ‘kampung akan tergadai’ ataupun membuat bising sorak kerana ‘kampung sudahpun tergadai?’

Sunday, October 18, 2009

HARI INI



Hari ini paip mula berkarat