Monday, April 2, 2012

PEPERIKSAAN KHAS MEMASUKI PERKHIDMATAN AWAM GRED 41


Minggu lepas saya terjumpa dengan seorang kenalan lama yang telah berpindah tempat kerja (kerja yang sama tapi tempat saja lain) yang datang untuk mengambil beberapa dokumen yang masih belum selesai. Memandangkan urusan tersebut memerlukan sedikit masa maka dia datang berjumpa saya dan kami pun bersembang pelbagai perkara memandangkan dia sudah setahun berpindah.

Walaupun dia seorang pegawai kerajaan tetapi bercita-cita menjadi seorang PTD ( Pegawai tadbir dan Diplomatik) mungkin itu ialah cita-citanya sejak dahulu. Saya sebagai rakan hanya memberi sokongan kepadanya untuk meneruskan cita-cita tersebut memandangkan jawatan PTD ini memang diketahui agak sukar untuk diperolehi kerana banyak cabaran dalam pemilihannya. Salah satu saringan awal ialah mesti lulus Peperiksaan Khas Memasuki Perkhidmatan Awam Gred 41, masalahnya sekarang ini dia masih belum pernah lulus peperiksaan tersebut. Oleh yang demikian alasan tersebut telah menjadi bahan ketawa antara saya dan rakan lain, kononnya dia belum benar-benar layak untuk mendudukinya walaupun memiliki ijazah sarjana muda memandangkan peperiksaan PTK 1 pun dia belum lulus IV/IV lagi. Oleh itu dia telah mencabar saya dan rakan lain untuk mencubanya, namun oleh kerana saya yang paling kuat menyakat dan ketawa maka sayalah sararannya untuk menyahut cabaran itu.


Jadi sebagai menyahut cabaran tersebut, maka awal 2010 saya pun mendaftarkan diri dan memohon untuk mengambil peperiksaan khas tersebut walaupun bukan sebagai jawatan PTD (M 41) sebaliknya jawatan gred P 41 dan N 41. Soalannya sama cuma jawatan sahaja yang berlainan. Oleh itu, ditakdirkan tuhan pada 25 Mac 2010 saya menerima surat panggilan menduduki peperiksaan tersebut pada 10 April 2010 di IPDA. Rakan saya juga mendapat panggilan yang sama dengan jawatan PTD tetapi pusat peperiksaannya di Pulau Pinang. Saya memaklumkan kepada rakan saya tentang tawaran peperiksaan tersebut dan bertanyakan kepadanya tentang soalan yang akan ditanya memandangkan dia ada pengalaman. Maka macam-macam penerangan dan tips yang dia berikan disamping macam-macam pesanan yang diberikan tentang peperiksaan tersebut. Memandangkan saya sendiri belum pernah merasainya, saya pun patuh setiap perkara yang diberikan. Semua isu semasa, pengetahuan am dan maklumat saya teliti, baca dan faham. Asas matematik dan inggeris pun saya tengok sikit-sikit sebab memang termasuk dalam sukatan ujian tersebut.

Bahagian 1:

A : Pengetahuan am mengenai malaysia & alam sekeliling, 50 soalan, 40 minit.


B: Daya penyelesaian masalah, kemahiran logik, menginterprestasi data, konsep matematik, 40 soalan, 45 minit.


C: Kefahaman bahasa melayu dan inggeris, kemahiran memindah maklumat, kefahaman, tatabahasa dan kosa kata, 40 soalan, 45 minit.


D : Esei bahasa melayu, penguasaan bahasa, jelas, teratur, munasabah, 3 jawab 1, 1 jam, 300 hingga 500 perkataan.


E : Esei bahasa inggeris, penguasaab bahasa, jelas, teratur, munasabah, 3 jawab 1, 1 jam, 200 hingga 300 perkataan.


Bahagian 2


A : Sahsiah diri, kenalpasti profail sahsiah calon, 40 minit, 200 soalan.


B : Minat, 20 minit, 227 soalan


Menjelang tarikh dan masa yang ditetapkan iaitu hari Sabtu, maka saya pun pergi ke tempat peperiksaan tersebut. Didapati memang ramai yang datang, ada yang muda dan ada yang berumur antara 20-an hingga 40-an rasanya. Macam-macam jawatan termasuk pegawai bomba, imegresen, kastam, pegawai keselamatan, penguatkuasaan, siasatan, AADK, PTD dan sebagainya. Mereka yang datang pula ada yang baru mencuba, mencari kerja baru, yang sudah bekerja, yang hendak bertukar kerjaya dan ada nak pohon naik pangkat dan sebagainya termasuklah saya. Oleh itu bila sudah sampai waktunya saya pun masuklah ke dalam dewan besar, rasa macam hendak ambil peperiksaan semasa di U dahulu walaupun sudah 10 tahun saya meninggalkannya.

Peperiksaan bermula jam 8.00 pagi hinggalah jam 4.30 petang, berterusan dengan diselang-seli antara masa kertas peperiksaan tamat dan waktu rehat tengah hari. Soalannya pula pelbagai ada BM, BI, Matematik, Pengetahuan am dan sasiah. Bagi BM kalau tidak salah terdapat 3 karangan yang melibatkan pelbagai tajuk jadi saya memilih satu daripadanya berkaitan dengan industri pertanian di negara kita dengan menulis 3 helai kertas dalam 5 isi bagi setiap perenggan. Itulah kali pertama sejak beberapa tahun saya mula menulis karangan semula. Agak susah juga sebab sudah lama tidak menulis, cuma membaca sahaja yang banyak. Begitu juga dgn BI saya memilih satu tajuk yang berkaitan dengan penggunaan laman sosial dikalangan masyarakat, itu pun hanya tak sampai 2 helai. Selain karangan terdapat juga soalan objektif dalam BM dan BI yang berkaitan pengetahuan am tentang dunia, serantau, organisasi, hiburan, semasa dan sebagainya. Memang diakui kalau kurang membaca memang sukar untuk dijawab.

Bagi soalan matematik pula, ianya tidaklah seperti soalan SPM sangat tetapi lebih kepada analisis berkaitan angka, bilangan, masa, jarak dan sebagainya. Walaupun begitu ianya mengambil begitu banyak masa untuk berfikir walaupun berbentuk objektif. Sebelah petangnya diberi soalan objektif berbentuk penilian sasiah. Soalannya agak mudah tetapi sangat banyak sampai lebih 200 soalan sedangkan masa yang sangat terhad. Memandangkan sudah hampir petang dan rasa letih menjawab, saya pun main tanda sahaja kerana hendak balik awal. Pada awal peperiksaan pagi tadi ramai yang ambil tapi sebelah petangnya hampir ¼ sudah tiada. Pelbagai alasan yang diberikan antaranya soalan susah, gagal menjawab dengan baik, ada kerja lain dan sebagainya. Saya pun ada rasa yang sama tapi memandangkan ini satu pengalaman yang jarang-jarang kita dapat maka saya gagahkan diri jugak. Habis sahaja menjawab saya terus pulang ke rumah dan sampai sekitar jam 5.30 petang.

Saya meneruskan kerja macam biasa, sampailah tarikh sebenar keputusan keluar. Ketika itu saya berada di luar kawasan, selepas sebulan keputusan telah keluar pada 17 Mei 2010 dan disemak oleh isteri saya di internet bahawa saya telah LULUS peperiksaan tersebut. Perasaan terlalu gembira itu tidak adalah sangat, sebab bukan tinggi sangat pun harapan saya untuk itu, kerana kalau lulus pun bukan memberi apa-apa faedah pun untuk diri saya cuma sekadar pengalaman sahaja. Lain lah semasa lulus PTK 1 semasa tahun 2008 dahulu boleh jugak ubah tangga gaji dari P1 ke P2. Sampai sahaja di tempat kerja saya memaklumkan tentang keputusan peperiksaan saya, tetapi malangnya rakan saya itu tetap jugak GAGAL. Jadi saya telah membuat kesimpulan dihadapannya bahawa dia sebenarnya belum bersedia untuk mengambil peperiksaan tersebut kerana mungkin kekurangan pengetahuan ataupun gagal dalam membuat penulisan yang baik. Kali ini saya tidak ketawa lagi sebab saya tahu perasaannya tapi orang lain pulak yang kuat ketawakanya. Walaupun saya rasa saya ini ada pelbagai kekurangan tapi kalau kita tidak cuba hadapi cabaran kita tidak tahu keupayaan kita. Walupun benda-benda macan ini nampak remeh tapi baik untuk pengalaman sendiri.

Untuk pengetahuan semua atau mungkin ramai yang sudah tahu, apabila kita lulus peperiksaan khas ini, rekod kelulusan kita boleh bertahan selama 5 tahun bagi setiap satu pengambilan bagi menghadiri Program Asessment Centre (PAC). PAC ini dikira penilaian berpusat ke atas inidividu sebelum layak menduduki temuduga jawatan yang dipohon. Katanya mengambil masa beberapa hari di pusat penilaian yang ditetapkan antaranya di INTAN dan sebagainya. Jadi dalam masa 5 tahaun rekod kita akan disimpan selagi tiada pengambilan untuk jawatan tersebut dan jika sekiranya sudah ada pengambilan rekod tersebut akan terbatal secara automatik walaupun kita tidak dipanggil untuk PAC. Ini bermakna jika ada pengambilan bagi jawatan yang kita pohon dan lulus peperiksaan khas tapi tidak dipanggil ke PAC atas sebab-sebab tertentu, maka kelayakan kita untuk sesi pengambilan tersebut dikira tamat walaupun kita tidak dipanggil ke PAC dan sekiranya masih berminat boleh memohon semula dan mengambil peperiksaan khas itu sekali lagi pada masa akan datang. Sekiranya jawatan yang dipohon masih belum dibuat PAC maka harapan tetap ada tapi dalam 5 tahun sahaja, jika tiada pengambilan atau PAC selepas 5 tahun, kena pohon dan ambil peperiksaan semula. Hal ini terjadi ke atas jawatan yang saya pohon iaitu P41 dimana individu yang dipanggil untuk PAC hanya untuk mereka yang mendapat 2.75 berkelulusan perakaunan dan undang-undang sahaja, maka mereka yang berkelulusan selain yang disebut tidak layak ke PAC, jadi secara automatik permohonan saya untuk jawatan tersebut telah gugur dengan sendirinya. Cuma satu lagi jawatan yang masih terbuka ialah N 41 sekiranya ada pengambilan untuk beberapa tahun ini sehingga tamat tarikh akhir tahun 2015. Walau bagaimanapun itu tidak menjadi beban kepada saya memandangkan saya memang telah menjadi pegawai kerajaan gred 41 tetapi kalau berpeluang apa salahnya mencuba kerana jika tidak mencuba kita pasti tiada peluang langsung.

Walau apa pun itulah cabaran yang perlu ditempuhi bagai ramai orang yang berada diluar sana untuk mengenggam jawatan sebagai pegawai kerajaan gred 41.

Monday, February 13, 2012

Unit Udara APMM



Unit Udara APMM adalah antara unit udara yang agak baru di negara kita selaras keperluan penguatkuasaan dan SAR (mencari & menyelamat) di perairan negara.

Walaupun penubuhannya hanya bermula November 2005, namun pemilikan aset seperti bot dan kapal agak memberansangkan kerana disumbangkan oleh beberapa agensi penguatkuasa maritim laut sebelumnya spt TLDM, Polis Marin, Jabatan Laut, Jabatan Perikanan, Kastam, Jabatan Imigresen dan Majlis Keselamatan Negara. Biarpun aset ini ada yang agak usang tetapi penyenggaraan yang baik menjadikannya boleh dioperasikan dengan sempurna.


Eurocopter AS365 N3 Dauphin


Berdasarkan peruntukan RMK 9, APMM telah membuat perolehan pesawat udara bermula dengan 3 unit helikopter Eurocopter AS365 N3 Dauphin pada Jun 2007, 2 unit pesawat amfibia Bombardier 415MP pada September 2008 dan 3 unit helikopter AgustaWestland AW139 pada Disember 2010.



Bombardier 415 MP


Sebagai rakyat kita tumpang berbangga dengan perolehan ini, ditambah pula pada acara LIMA 09, pesawat Eurocopter serta Bombardier membuat pertunjukan di Awana Porto Malai dan Langkawi Int. Airport. Juruterbang semua pesawat ini dipinjamkan dari TUDM dan PUTD (pasukan Udara Tentera Darat).

Namun malang menimpa, apabila Eurocopter serta Bombardier gagal melalui proses penyenggaraan yang sepatutnya. Masalah ini berlaku akibat kegagalan melantik kontraktor penyenggaraan oleh JPM kerana disyaki berlaku penyelewengan dalam kontrak sebelumnya. Ini menjadi petanda yang kurang baik kepada masyarakat samaada semua pesawat ini bakal menjadi satu lagi projek ‘gajah putih’ atau sebaliknya akibat ketirisan dalam pengurusan kewangan dan amanah yang diberikan.


AgustaWestland AW139


Kesannya APMM kekurangan lebih 50% aset udara untuk operasi. Selain itu, juruterbang dan krew akan kehilangan ‘rating’ untuk mengoperasikan pesawat Bombardier akibat terlalu direhatkan sejak 2010. Biasanya latihan semula perlu dibuat di fasilitis milik Bombardier di Kanada sebelum disahkan kompeten semula. Dengan kos dan masa latihan yang terhad kemungkinan hanya seorang juruterbang sahaja yang akan dihantar ke sana.

Hakikatnya, itulah kesan yang akan berlaku apabila kita gagal merancang dalam tindakan, maka pembaziran akan berlaku sekali gus peruntukan kerajaan hilang tanpa hasil yang baik untuk negara.


Saturday, February 11, 2012

Aset Udara APMM Tersadai

Itulah tajuk berita hari ini dalam sebuah akhbar tempatan terhadap sebuah agensi kerajaan di bawah Jabatan Perdana Menteri. Kelemahan pengurusan dikenalpasti sebagai punca 2 unit pesawat udara jenis CL415MP dihentikan operasi sejak Disember 2010 dan 3 unit helikopter AgustaWestland AW139 diberhentikan mulai September 2011.


Umumnya semua pesawat ini gagal diselenggara dengan baik sebagaimana diperlukan. Menurut Ketua Pengarah APMM, Laksamana Maritim, Datuk Mohd Amdan Kurish masalah ini disebabkan beberapa isu berkaitan penyambungan kontrak penyenggaraan pesawat berkenaan. Isu ini telah diambil tindakan oleh SPRM. Jadi sebagai Ketua Pengarah suka tidak suka, beliau perlu memikul tanggung jawab ini secara ‘gentelman’ bagi memberikan satu persepsi kepada anggota bawahannya yang beliau seorang ketua yang boleh ‘diharap’. Dalam masa yang sama bukan beliau sahaja malah pegawai kanan beliau juga harus memikul masalah ini secara profesional, kalau benar bersalah besar implikasi yang sedia menanti.


Teruskan SPRM, anda ada tugas besar menanti. Akan datang kita akan membincangkan tentang Unit Udara APMM.

Wednesday, April 27, 2011

Adoi..kantoi...

Woi....


Ooppp...



Uumpp....




Muahh..ha..ha..


Sorry.....




Uweek...tuih!!!!! ....


10 Jenis Jam Termahal Dunia Melebihi Harga Ferrari

1. The Patek Caliber 89 - $5,120,000.00


2. Split Seconds Patek Philppe Reference 1436 By Teffany & Co. - $214,000.00


3. Patek Philippe Ref 5016P - $762,000.00



4. The breguet Marie Antoinette - $XX,000,000.00


5. Jaeger-Le Coultre Gyrotourbillion 1 -$400,000.00


6. Rolex Submariner - $234,000.00


7. Vacheron Tour de I'lle - $1,250,000.00


8. AP Royal Oak Grande Compilation - $560,000.00


9. Richard Mille Tourbillion - $525,000.00


10. Ulysse Nardin Triplejack Minute Repeater -$340,000.00


Sorry....Omega tidak termasuk.....


Satu Produk Terbaik Dari Bill Gate

Semua orang kenal Mr. Bill Gate,pemilik produk microsoft window & office yang terkenal serta digunakan setiap hari.

Tahukah anda terdapat satu produk lain yang terbaik dan mungkin hanya seorang saja kat dunia ini mampu memilikinya....Cuba teka????



Window98!!....bukan,

Office!!!...bukan,

Window XP!!!!......salah...lagi,lagi...



Window Vista!!!.....pun salah



Window 7...pun bukan,abis...apa produk tu?....



=




=



=



=




=



=



=



=



Ah..ha... Inilah dia produk tu, Jennifer Katharin anak perempuan


Bill Gate..






Pandang saja lah....

Sunday, April 17, 2011